PERUBAHAN DAN INOVASI KURIKULUM
BILIK DARJAH
Kurikulum sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan seiring dengan keperluan semasa dalam negara dan global. Kesan daripada perkembangan tersebut turut memberi impak terhadap perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah. Inovasi dan perubahan dalam kandungan dan penyampaian pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu pembaharuan yang kreatif dan kritis di mana bahan, kaedah atau idea baru digunakan bagi meningkatkan sistem pendidikan. Pertimbangan dalam melakukan perubahan pembelajaran yang tepat dan sesuai dengan sistem adalah "sekolah aktif, komunikatif, inovatif, efektif dan menyenangkan". Kurikulum bilik darjah mencantumkan dengan jelas matlamat pendidikan yang hendak dicapai. Para pendidik juga mestilah mempunyai perancangan yang baik, untuk memenuhi apa yang diperlukan oleh para pelajar.
Pengertian Perubahan & Inovasi
Pengertian Perubahan
Tokoh |
Pengertian |
Kamus Dewan (2005) |
Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan
kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan
kepada aspek asas kurikulum. |
Sullivan & Decker (2001) |
Perubahan adalah proses membuat sesuatu yang berbeza dari
sebelumnya. |
Atkinson (1987) |
Perubahan merupakan kegiatan atau proses yang membuat sesuatu
atau seseorang berbeza dengan keadaan sebelumnya. |
Brooten (1978) |
Perubahan merupakan proses yang menyebabkan perubahan pola
perilaku individu atau institusi. |
Rumusan : Berubah adalah
cara seseorang bertumbuh, berkembang, dan beradaptasi. Seterusnya perubahan
adalan satu proses di mana terjadinya peralihan atau perpindahan dari status
tetap menjadi status yang bersifat dinamik. |
Pengertian Inovasi
Tokoh |
Pengertian |
Ronger (1971) |
Idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang. |
Spencer (1994) |
Sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh
seseorang individu. |
Sufean Hussin (2001) |
Pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan
ciptaaan sebi budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu
atau memenuhi citarasa tertentu, atau memenuhi pasaran tertentu. |
Rumusan : Daripada
pengertian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh
diterangkan sebagai “merupakan penghasilan baru, berbentuk maujud,
berdasarkan proses penyusunan semula, menggunakan unsur yang sedia ada, serta
terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai. |
Bentuk
Perubahan & Inovasi
Inovasi
kurikulum bilk darjah dapat mejadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung
dengan lebih interaktif. Pertama, Inovasi dari sudut idea. Sebagai contoh adalah
pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi atau dikenali sebagai KBAT. KBAT
ialah Keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan kebolehan kognitif pada aras
tinggi yang mencukupi ilmu pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan
dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan
mencipta sesuatu. Seterusnya, adalah pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21
(PAK21) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, di mana beberapa elemen yang
diterapkan iaitu, Komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta
aplikasi nilai muni dan etika.
PROSES PERUBAHAN & INOVASI
Faktor Mempengaruhi Perubahan
& Inovasi Kurikulum Bilik Darjah
Enviroment ( Persekitaran )
Mucherah
(2008) menyatakan persekitaran kondusif adalah signifikan dalam merangsang
kelakuan pembelajaran dan maklum balas serta persepsi guru dan pelajar tentang
pengalaman mereka di sekolah. Persekitaran yang baik mampu menjana sikap
positif, tahap minat serta semangat untuk terus berada dalam mood belajar.
Sebagai contoh, aspek ketenangan dan kenyamanan dan motivasi berupaya membantu
melonjakkan lagi potensi diri, keinginan meneroka perkara baharu,
mengeksploitasi kelebihan diri secara maksimum dan mencabar diri bag
melaksanakan sesuatu.
Resource ( Sumber )
Sumber boleh berubah mengikut kesesuaian dan perubahan semasa. Asasnya adalah seperti berikut :
- Pengenalan teknologi baharu
- Perubahan dalam sistem penyampaian
- Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti
Involvement ( Penglibatan )
Melibatkan keberkesanan banyak pihak dalam membantu untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan perubahan. laitu:
- Guru: Tunjang dalam pelaksanaan pendidikan. Guru perlu seharusnya melibatkan diri dalam merangka atau merancang inovasi dalam pendidikan. Pelaksanaan yang dikuti dengan penilaian inovasi yang dilakukan adalah sangat penting bagi memastikan inovasi tersebut berjaya dilaksanakan.
- Murid: Sebagai tumpuan utama dalam bidang pendidikan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menentukan keberhasilan sesuatu sesi PdP melalui kecerdasan murid, pengalaman, keinginan dan komitmen yang timbul dalam diri mereka tanpa paksaan.
- Kurikulum: Menurut Aka Pendidikan 1996, Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang dingini dan untuk menyampaikan pengetahua.
- Masyarakat: Ketika usaha inovasi dalam pendidikan dilaksanakan, masyarakat terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perubahan tersebut. Mereka mampu membawa sama ada impak positif mahupun negatif. Ini pendidikan itu sendiri adalah untuk mengubah masyarakat untuk menjadi lebih baik.
- Penyampaian maklumat dari satu sumber kepada penerima untuk mencapai sesuatu tujuan.
- Berkongsi makna antara dua pihak bag menjelaskan sesuatu untuk mencapai persefahaman.
- Menghubungkan dua pihak yang teasing menggunakan aplikasi ICT untuk berkomunikasi.
- Situasi di mana sumber memancarkan mesej kepada penerima secara sedar bertujuan untuk mempengaruhi penerima.
- Pertukaran idea secara verbal dan non verbal.
SITI HASMAH BINTI AB. RAZAB
L20212012160
LIMA TAHAP PENERIMAAN INOVASI
TAHAP PERTAMA
PERINTIS/INNOVATORS
Perintis bermaksud individu atau sekumpulan orang yang mencetuskan atau perintis terhadap sesuatu perubahan atau inovasi melalui idea, bahan atau kaedah baru untuk dimanfaatkan oleh orang ramai. Ciri-ciri innovator ialah kreatif ,berdaya cipta dan berani mengambi risiko.
TAHAP KEDUA
PENGGUNA AWAL/ EARLY ADOPTER
Individu atau sekumpulan orang yang terawal dalam penerimaan dan menggunakan sesuatu inovasi yang diperkenalkan oleh innovator. Ciri-ciri early adopter ialah mempunyai tahap kepimpinan pendapat yang tinggi, mempunyai status sosio ekonomi yang tinggi, kemampuan kewangan yang tinggi, lebih sosial, lebih diskriminasi dalam membuat pilihan dan kemampuan komunikasi yang tinggi.
TAHAP KETIGA
MAJORITI AWAL/EARLY MAJORITY
Pengamal & pengguna inovasi selepas satu tempoh masa yang terkemudian berbanding innovator dan early adopter. Ciri-ciri majoriti awal ialah penuh pertimbangan, interaksi internal tinggi, diskriminasi dalam membuat pilihan dan hubungan sosial yang tinggi.
TAHAP KEEMPAT
MAJORITI LEWAT/LATE MAJORITY
Golongan yang menjadi pengikut atau penerima yang terakhir sesuatu inovasi. Ciri-ciri majoriti lewat ialah mempunyai tahap keraguan yang tinggi, menerimakerana pertimbangan ekonomi atau tekanan sosial, terlalu berhati-hati dan menghindari risiko.
TAHAP KELIMA
KETINGGALAN/LAGGARDS
Individu terakhir yang menerima sesuatu inovasi. Enggan mengikut perubahan & inovasi yang diperkenalkan. Ciri-ciri laggards seperti enggan untuk menerima atau mengguna suatu perubahan, tertumpu pada “tradisi” iaitu cara lama, beranggapan inovasi tidak penting, tidak mempunyai kefahaman atau kemahiran dalam teknologi, hubungan sosial yang rendah, kepimpinan pendapat yang sedikit dan mempunyai tahap kerisuan yang tinggi.
Rumusannya, Teori Difusi Inovasi sentiasa dikaitkan dengan proses pembangunan masyarakat. Inovasi merupakan awal untuk terjadinya perubahan sosial dan perubahan sosial pada sadarnya merupakan inti dari pembangunan masyarakat.
Faktor Penentu & Cabaran
FAKTOR PENENTU
1.Visi
Visi merupakan serangkaian kata yang menunjukkan impian, cita-cita atau nilai teras suatu keinginan bagi organisasi, institusi,sekelompok orang atau individu dengan pandangan yang jauh ke masa depan demi mencapai suatu matlamat yang diinginkan. Inovasi tanpa visi menyebabkan berlakunya kekeliruan kerana pihak yang terlibat tidak tahu matlamat pelaksanaannya. Contohnya iaitu visi sekolah.
2. Kemahiran
Kemahiran merupakan kecekapan dan kemampuan seseorang melakukan aktiviti dengan mudah, cepat dan cekap tanpa menjejaskan kualiti. Kemahiran inovasi dapat menyelesaikan anxiety atau kerisauan yang melampau terhadap sesuatu permasalahan. Contohnya ialah penyebaran Covid 19 menyebabkan guru-guru pelaksanaan Pendidikan dilakukan secara pembelajaran dari rumah (PdPr).Secara langsung guru-guru dikehendaki menguasai kemahiran mengajar secara atas talian.
3. Insentif
Insertif adalah bahagian yang membina daya tahan dalam diri. Insertif boleh dinyatakan sebagai wang, ganjaran,pengiktirafan dan tidak ketara seperti pencapaian peribadi atau prestij.Insentif ini perlu berterusan dan mesti berhubung secara langsung dengan visi. Contohnya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
4. Sumber
Sumber merupakan elemen-elemen yang tersedia untuk membantu menyelesaikan sesuatu keperluan.Sumber penting untuk membuat perubahan sama ada berbentuk sumber fizikal atau sumber manusia. Kekurangan sumber menyebabkan usaha tergendala. Contohnya wang, bahan atau modal manusia.
5.Pelan Tindakan
Pelan Tindakan merupakan satu panduan yang menyediakan rangka kerja atau struktur dan proses melaksanakan kurikulum,program atau projek. Pelan Tindakan penting untuk menetapkan siapa bertanggungjawab untuk pematuhan dengan tepat pada masanya. Merangkumi pemantauan dan kawalan agar pelaksanaan boleh menganalisis Tindakan yang diambil mengikuti jalan betul untuk mencapai visi yang ditetapkan. Contohnya Pelan Tindakan KSSR dan KSSM.
FAKTOR CABARAN
1.PERMULAAN SALAH (FALSE START)
Permulaan salah berkaitan dengan kesilapan memulakan sesuatu seperti kurikulum, program, projek, dasar dan sebagainya sehingga mengakibatkan berlakunya kegagalan dalam pelaksanaan dan capaian matlamat kerana pelaksana belum bersedia memulakannya. Permulaan salah dapat dikawal menerusi pihak berkaitan dengan perlaksanaan dan stake holder dapat memahami dan bersedia melaksanakan pelan Tindakan sebagai panduan pelaksanaan. Contohnya Pemansuhan PPSMI.
2.KECEWA
Kecewa merupakan perasaan hampa dan dukacita yang dialami oleh individua tau sekumpulan orang kerana kegagalan untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau dicitakan. Perasaan kecewa muncul akibat semangat yang berkobar untuk melaksanakan sesuatu yang dirancang terhalang disebabkan tiadanya sokongan sumber-sumber yang sepatutnya disediakan. Tiadanya sumber menyebabkan kekecewaan dan semangat luntur. Walaupun adanya pelan namun tidak mempunyai sumber untuk selesaikan maka perubahan dan inovasi tidak berlaku.
3.RINTANGAN
Berlakunya halangan. Tiadanya insentif menyebabkan proses perubahan atau inovasi itu lambat kerana tiada daya tahan atau motivasi.
4.ANXIETY (KERISAUAN)
Tiadanya kemahiran menyebabkan munculnya anxiety dalam diri, maka persediaan untuk melakukan perubahan akan tergendala walaupun telah dirancang visi, sumber dan sebagainya namun ia akan membuatkan diri merasa gagal.
5.KELIRU
Tiada kemahiran menyebabkan tiada panduan semasa proses perubahan atau inovasi berlaku. Ia akan berakhir dengan kekeliruan dan tiada hasil perubahannya.
6.BERJAYA
Apabila semua cabaran dapat diatasi dan dikuti dengan faktor penentu maka peratusan untuk berjaya dalam melakukan perubahan atau inovasi adalah tinggi.
Gaya pengurusan dalam kepimpinan sesebuah organisasi banyak mempengaruhi perkembangan kreativiti dan inovasi di kalangan anggota organisasi.
PENUTUP
Kesimpulannya, sekolah memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan para pelajar yang kreatif dan inovatif dan kompeten selaras dengan pembentukan Modal Insan bagi mengisi keperluan negara maju 2020.
Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.
Untuk membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, guru-guru hendaklah sanggup menghadapi perubahan dan berpandangan jauh ke hadapan.