Thursday, November 24, 2022

Bab 10

 PERUBAHAN DAN INOVASI  KURIKULUM  

BILIK DARJAH  


Pengenalan 

Kurikulum sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan seiring dengan keperluan semasa dalam negara dan global. Kesan daripada perkembangan tersebut turut memberi impak terhadap perubahan dan inovasi kurikulum bilik darjah. Inovasi dan perubahan dalam kandungan dan penyampaian pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu pembaharuan yang kreatif dan kritis di mana bahan, kaedah atau idea baru digunakan bagi meningkatkan sistem pendidikan. Pertimbangan dalam melakukan perubahan pembelajaran yang tepat dan sesuai dengan sistem adalah "sekolah aktif, komunikatif, inovatif, efektif dan menyenangkan". Kurikulum bilik darjah mencantumkan dengan jelas matlamat pendidikan yang hendak dicapai. Para pendidik juga mestilah mempunyai perancangan yang baik, untuk memenuhi apa yang diperlukan oleh para pelajar. 


 Pengertian Perubahan & Inovasi 

 Pengertian Perubahan 

Tokoh

Pengertian

Kamus Dewan

(2005)

Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berdasarkan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan kepada aspek asas kurikulum.

Sullivan & Decker

(2001)

Perubahan adalah proses membuat sesuatu yang berbeza dari sebelumnya.

Atkinson

(1987)

Perubahan merupakan kegiatan atau proses yang membuat sesuatu atau seseorang berbeza dengan keadaan sebelumnya.

Brooten

(1978)

Perubahan merupakan proses yang menyebabkan perubahan pola perilaku individu atau institusi.

Rumusan : Berubah adalah cara seseorang bertumbuh, berkembang, dan beradaptasi. Seterusnya perubahan adalan satu proses di mana terjadinya peralihan atau perpindahan dari status tetap menjadi status yang bersifat dinamik.

 Pengertian Inovasi  

Tokoh

Pengertian

Ronger

(1971)

Idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang.

Spencer

(1994)

Sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.

Sufean Hussin

(2001)

Pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaaan sebi budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi citarasa tertentu, atau memenuhi pasaran tertentu.

Rumusan : Daripada pengertian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai “merupakan penghasilan baru, berbentuk maujud, berdasarkan proses penyusunan semula, menggunakan unsur yang sedia ada, serta terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai.

 



 Bentuk Perubahan & Inovasi 

 Inovasi kurikulum bilk darjah dapat mejadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung dengan lebih interaktif. Pertama, Inovasi dari sudut idea. Sebagai contoh adalah pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi atau dikenali sebagai KBAT. KBAT ialah Keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan kebolehan kognitif pada aras tinggi yang mencukupi ilmu pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan mencipta sesuatu. Seterusnya, adalah pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, di mana beberapa elemen yang diterapkan iaitu, Komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai muni dan etika.  






 PROSES PERUBAHAN & INOVASI 





 Faktor Mempengaruhi Perubahan & Inovasi Kurikulum Bilik Darjah 

 Enviroment ( Persekitaran ) 

Mucherah (2008) menyatakan persekitaran kondusif adalah signifikan dalam merangsang kelakuan pembelajaran dan maklum balas serta persepsi guru dan pelajar tentang pengalaman mereka di sekolah. Persekitaran yang baik mampu menjana sikap positif, tahap minat serta semangat untuk terus berada dalam mood belajar. Sebagai contoh, aspek ketenangan dan kenyamanan dan motivasi berupaya membantu melonjakkan lagi potensi diri, keinginan meneroka perkara baharu, mengeksploitasi kelebihan diri secara maksimum dan mencabar diri bag melaksanakan sesuatu.


 Resource ( Sumber ) 

Sumber boleh berubah mengikut kesesuaian dan perubahan semasa. Asasnya adalah seperti berikut :

  • Pengenalan teknologi baharu
  • Perubahan dalam sistem penyampaian
  • Perubahan dalam prosedur yang boleh meningkatkan produktiviti                                  
Sebagai contoh, bentuk pengajaran dan penyampaian pembelajaran elektronik seperti petikan e-text, text book, video, audio dan lain-lain lagi.

 Involvement ( Penglibatan ) 

Melibatkan keberkesanan banyak pihak dalam membantu untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan perubahan. laitu:

  • Guru: Tunjang dalam pelaksanaan pendidikan. Guru perlu seharusnya melibatkan diri dalam merangka atau merancang inovasi dalam pendidikan. Pelaksanaan yang dikuti dengan penilaian inovasi yang dilakukan adalah sangat penting bagi memastikan inovasi tersebut berjaya dilaksanakan.

  • Murid: Sebagai tumpuan utama dalam bidang pendidikan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menentukan keberhasilan sesuatu sesi PdP melalui kecerdasan murid, pengalaman, keinginan dan komitmen yang timbul dalam diri mereka tanpa paksaan.
  • Kurikulum: Menurut Aka Pendidikan 1996, Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang dingini dan untuk menyampaikan pengetahua.

  • Masyarakat: Ketika usaha inovasi dalam pendidikan dilaksanakan, masyarakat terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perubahan tersebut. Mereka mampu membawa sama ada impak positif mahupun negatif. Ini pendidikan itu sendiri adalah untuk mengubah masyarakat untuk menjadi lebih baik.

 Communication ( Komunikasi ) 

Komunikasi boleh didefinisikan sebagai perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain (Kamus Dewan, 2007). Enam komponen utama iaitu penyampai, penerima, medium perantaraan, maklumat, maklum balas dan gangguan. 

Komunikasi yang berkesan diterjemahkan seperti contoh atau proses berikut;
  • Penyampaian maklumat dari satu sumber kepada penerima untuk mencapai sesuatu tujuan.
  • Berkongsi makna antara dua pihak bag menjelaskan sesuatu untuk mencapai persefahaman.
  • Menghubungkan dua pihak yang teasing menggunakan aplikasi ICT untuk berkomunikasi.
  • Situasi di mana sumber memancarkan mesej kepada penerima secara sedar bertujuan untuk mempengaruhi penerima.
  • Pertukaran idea secara verbal dan non verbal.
Creative ( Kreatif )

Kreativiti merupakan suatu kebolehan berfikir dan bertindak yang tidak berasaskan logik biasa kerana logik bersifat penilaian (judgemental) (Mohd Azhar, 2004). Paradigma kreatif seseorang melalui elemen-elemen kepintaran, pengetahuan, gaya berfikir, personaliti & motivasi.



SITI HASMAH BINTI AB. RAZAB

L20212012160

LIMA TAHAP PENERIMAAN INOVASI



                               








TAHAP PERTAMA

PERINTIS/INNOVATORS

Perintis bermaksud individu atau sekumpulan orang yang mencetuskan atau perintis terhadap sesuatu perubahan atau inovasi melalui idea, bahan atau kaedah baru untuk dimanfaatkan oleh orang ramai. Ciri-ciri innovator ialah kreatif ,berdaya cipta dan berani mengambi risiko.

TAHAP KEDUA

PENGGUNA AWAL/ EARLY ADOPTER

Individu atau sekumpulan orang yang terawal dalam penerimaan dan menggunakan sesuatu inovasi yang diperkenalkan oleh innovator. Ciri-ciri early adopter ialah mempunyai tahap kepimpinan pendapat yang tinggi, mempunyai status sosio ekonomi yang tinggi, kemampuan kewangan yang tinggi, lebih sosial, lebih diskriminasi dalam membuat pilihan dan kemampuan komunikasi yang tinggi.

TAHAP KETIGA

MAJORITI AWAL/EARLY MAJORITY

Pengamal & pengguna inovasi selepas satu tempoh masa yang terkemudian berbanding innovator dan early adopter. Ciri-ciri majoriti awal ialah penuh pertimbangan, interaksi internal tinggi, diskriminasi dalam membuat pilihan dan hubungan sosial yang tinggi.

TAHAP KEEMPAT

MAJORITI LEWAT/LATE MAJORITY

Golongan yang menjadi pengikut atau penerima yang terakhir sesuatu inovasi. Ciri-ciri majoriti lewat ialah mempunyai tahap keraguan yang tinggi, menerimakerana pertimbangan ekonomi atau tekanan sosial, terlalu berhati-hati dan menghindari risiko.

TAHAP KELIMA

KETINGGALAN/LAGGARDS

Individu terakhir yang menerima sesuatu inovasi. Enggan mengikut perubahan & inovasi yang diperkenalkan. Ciri-ciri laggards seperti enggan untuk menerima atau mengguna suatu perubahan, tertumpu pada “tradisi” iaitu cara lama, beranggapan inovasi tidak penting, tidak mempunyai kefahaman atau kemahiran dalam teknologi, hubungan sosial yang rendah, kepimpinan pendapat yang sedikit dan mempunyai tahap kerisuan yang tinggi.

Rumusannya, Teori Difusi Inovasi sentiasa dikaitkan dengan proses pembangunan masyarakat. Inovasi merupakan awal untuk terjadinya perubahan sosial dan perubahan sosial pada sadarnya merupakan inti dari pembangunan masyarakat. 

Inovasi Pencetus Perubahan

 

                                                   Faktor Penentu & Cabaran

FAKTOR PENENTU

1.Visi

Visi merupakan serangkaian kata yang menunjukkan impian, cita-cita atau nilai teras suatu keinginan bagi organisasi, institusi,sekelompok orang atau individu dengan pandangan yang jauh ke masa depan demi mencapai suatu matlamat yang diinginkan. Inovasi tanpa visi menyebabkan berlakunya kekeliruan kerana pihak yang terlibat tidak tahu matlamat pelaksanaannya. Contohnya iaitu visi sekolah. 

2. Kemahiran

Kemahiran merupakan kecekapan dan kemampuan seseorang melakukan aktiviti dengan mudah, cepat dan cekap tanpa menjejaskan kualiti. Kemahiran inovasi dapat menyelesaikan anxiety atau kerisauan yang melampau terhadap sesuatu permasalahan. Contohnya ialah penyebaran Covid 19 menyebabkan guru-guru pelaksanaan Pendidikan dilakukan secara pembelajaran dari rumah (PdPr).Secara langsung guru-guru dikehendaki menguasai kemahiran mengajar secara atas talian.

 3. Insentif

Insertif adalah bahagian yang membina daya tahan dalam diri. Insertif boleh dinyatakan sebagai wang, ganjaran,pengiktirafan dan tidak ketara seperti pencapaian peribadi atau prestij.Insentif ini perlu berterusan dan mesti berhubung secara langsung dengan visi. Contohnya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

4. Sumber

Sumber merupakan elemen-elemen yang tersedia untuk membantu menyelesaikan sesuatu keperluan.Sumber penting untuk membuat perubahan sama ada berbentuk sumber fizikal atau sumber manusia. Kekurangan sumber menyebabkan usaha tergendala. Contohnya wang, bahan atau modal manusia.

5.Pelan Tindakan

Pelan Tindakan merupakan satu panduan yang menyediakan rangka kerja atau struktur dan proses melaksanakan kurikulum,program atau projek. Pelan Tindakan penting untuk menetapkan siapa bertanggungjawab untuk pematuhan dengan tepat pada masanya. Merangkumi pemantauan dan kawalan agar pelaksanaan boleh menganalisis Tindakan yang diambil mengikuti jalan betul untuk mencapai visi yang ditetapkan. Contohnya Pelan Tindakan KSSR dan KSSM.

FAKTOR CABARAN


1.PERMULAAN SALAH (FALSE START)

Permulaan salah berkaitan dengan kesilapan memulakan sesuatu seperti kurikulum, program, projek, dasar dan sebagainya sehingga mengakibatkan berlakunya kegagalan dalam pelaksanaan dan capaian matlamat kerana pelaksana belum bersedia memulakannya. Permulaan salah dapat dikawal menerusi pihak berkaitan dengan perlaksanaan dan stake holder dapat memahami dan bersedia melaksanakan pelan Tindakan sebagai panduan pelaksanaan. Contohnya Pemansuhan PPSMI.


2.KECEWA

Kecewa merupakan perasaan hampa dan dukacita yang dialami oleh individua tau sekumpulan orang kerana kegagalan untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu yang diinginkan atau dicitakan. Perasaan kecewa muncul akibat semangat yang berkobar untuk melaksanakan sesuatu yang dirancang terhalang disebabkan tiadanya sokongan sumber-sumber yang sepatutnya disediakan. Tiadanya sumber menyebabkan kekecewaan dan semangat luntur. Walaupun adanya pelan namun tidak mempunyai sumber untuk selesaikan maka perubahan dan inovasi tidak berlaku.

3.RINTANGAN

Berlakunya halangan. Tiadanya insentif menyebabkan proses perubahan atau inovasi itu lambat kerana tiada daya tahan atau motivasi.

4.ANXIETY (KERISAUAN)

Tiadanya kemahiran menyebabkan munculnya anxiety dalam diri, maka persediaan untuk melakukan perubahan akan tergendala walaupun telah dirancang visi, sumber dan sebagainya namun ia akan membuatkan diri merasa gagal.

5.KELIRU

Tiada kemahiran menyebabkan tiada panduan semasa proses perubahan atau inovasi berlaku. Ia akan berakhir dengan kekeliruan dan tiada hasil perubahannya.

6.BERJAYA

Apabila semua cabaran dapat diatasi dan dikuti dengan faktor penentu maka peratusan untuk berjaya dalam melakukan perubahan atau inovasi adalah tinggi.

Gaya pengurusan dalam kepimpinan sesebuah organisasi banyak mempengaruhi perkembangan kreativiti dan inovasi di kalangan anggota organisasi.






PENUTUP

Kesimpulannya, sekolah memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan para pelajar yang kreatif dan inovatif dan kompeten selaras dengan pembentukan Modal Insan bagi mengisi keperluan negara maju 2020.

Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

Untuk membentuk sebuah masyarakat yang saintifik dan progresif, guru-guru hendaklah sanggup menghadapi perubahan dan berpandangan jauh ke hadapan.




No comments:

Post a Comment

Bab 10

 PERUBAHAN DAN INOVASI   KURIKULUM   BILIK DARJAH    Pengenalan  Kurikulum sentiasa mengalami perkembangan dan perubahan seiring dengan kepe...